Showing posts with label BAB 7 : HABA. Show all posts
Showing posts with label BAB 7 : HABA. Show all posts

Sunday, 13 October 2013

Kemahiran Proses Sains

Antaranya;

Mengukur dan menggunakan nombor
Membuat     pemerhatian     secara     kuantitatif dengan menggunakan nombor dan alat berunit piawai.  Pengukuran  menjadikan  pemerhatian lebih jitu.


           Saya ingin berkongsi beberapa contoh perekodan data oleh pelajar semasa mereka mengendalikan satu eksperimen. Guru sengaja tidak merangka jadual terlebih dahulu untuk mereka kerana ingin mengenalpasti adakah mereka telah menguasai kemahiran merekod data.

Di dapati semua kumpulan tidak menggunakan penjadualan data.
Mereka masih tidak tahu bagaimana menghubungkait antara pemboleh ubah manipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas dalam penjadualan data.

Setelah diterangkan bagaimana merekod data dalam jadual dengan betul maka inilah hasilnya.

Penjadualan data di atas kelihatan boleh diterima (Tingkatan 1), namun bacaan suhu pula sepatutnya ditulis dalam satu titik perpuluhan.

Antara alat radas yang biasa digunakan oleh pelajar Tingkatan 1 untuk mengambil bacaan pengukuran ialah;
  • jam randik (merekod masa)
  • termometer (merekod suhu)
  • pembaris meter (mengukur panjang/jarak)
  • silinder penyukat (menyukat isipadu cecair/isipadu objek tidak sekata)

Setiap kali melakukan eksperimen, pelajar bukan sahaja perlu mahir menggunakan alat radas -alat radas tersebut, malah mereka juga perlu mahir dalam penjadualan data.
Aktiviti : Menunjukkan Matahari membebaskan haba.
Tingkatan : 1 Ibnu Hateim (2013)


Aktiviti ini dijalankan dalam bentuk pertandingan di mana kumpulan yang paling pantas menyalakan kertas menggunakan haba daripada Matahari dikira pemenang.

Pertandingan ini dimenangi oleh : Ameer dan Nasrullah

Haba Mengalir dengan 3 cara ; Konduksi, Perolakan dan Sinaran

Aktiviti : Menunjukkan pengaliran haba melalui sinaran
Tingkatan : 1 Ibnu Hateim
Pelajar yang di tengah-tengah tu namanya Tajul
Ini pula, Assolihin dan Farid, sedang memerhati bacaan termometer.

Daripada aktiviti ini bacaan termometer meningkat menunjukkan bahawa haba dapat dikesan oleh termometer. Haba yang dikesan ini didapati daripada mentol yang bernyala dalam serkup kaca yang telah divakumkan. Hal ini menunjukkan bahawa haba yang dikesan oleh termometer tidak melalui sebarang medium. Proses pemindahan haba seperti ini dikenali sebagai sinaran. 

     Sinaran ialah proses pemindahan haba daripada suatu sumber haba ke kawasan persekitarannya tanpa medium.