Sains T1

Aktiviti : Menunjukkan pengaliran haba melalui sinaran
Tingkatan : 1 Ibnu Hateim

Pelajar yang di tengah-tengah tu namanya Tajul
Ini pula, Assolihin dan Farid, sedang memerhati bacaan termometer.
Daripada aktiviti ini bacaan termometer meningkat menunjukkan bahawa haba dapat dikesan oleh termometer. Haba yang dikesan ini didapati daripada mentol yang bernyala dalam serkup kaca yang telah divakumkan. Hal ini menunjukkan bahawa haba yang dikesan oleh termometer tidak melalui sebarang medium. Proses pemindahan haba seperti ini dikenali sebagai sinaran

     Sinaran ialah proses pemindahan haba daripada suatu sumber haba ke kawasan persekitarannya tanpa medium.

No comments:

Post a Comment