Kimia T4

Tindak Balas Penyesaran Logam oleh Logam Lain Yang Lebih Elektropositif

Tindak balas penyesaran logam melibatkan tindak balas di mana logam yang lebih elektropositif akan menyesarkan logam lain yang kurang elektropositif daripada larutan garamnya.

Contoh :
  1.  Logam Mg boleh menyesarkan Cu daripada larutan kuprum (II) sulfat kerana logam Mg lebih elektrositif daripada logam Cu
  2. Logam Zn boleh menyesarkan logam Pb daripada larutan plumbum (II) nitrat kerana logam Zn lebih elektropositif daripada logam Pb

Keputusan tindak balas penyesaran logam membolehkan  kita boleh membina Siri  Elektrokimia bagi Logam

Pelajar Kimia Ting 4 dan 5 perlu faham tindak balas penyesaran ini dan menghafal Siri Elektrokimia.

Antara Cara Mengingat Siri Elektrokimia Logam

  • K                 kalau
  • Na               nak    
  • Ca               cemerlang
  • Mg              mesti
  • Al                ada
  • Zn               zaman
  • Fe(Besi)      berusaha
  • Sn              supaya
  • Pb              perjalanan
  • Cu              ku
  • Hg              harmoni
  • Ag              anggun
  • Au              Auw!






1 comment: