Monday 2 December 2013

Kenangan Bersama Calon SPM 2013

Demam SPM 2013

Foto Kenangan je yang sempat di share disini.

Program Guru Muda Matematik Tambahan.



Wednesday 30 October 2013

Penyediaan Garam Kuprum (II) Sulfat

Tindak Balas Penyediaan Garam Larut
Tingkatan : 4 Ibnu Sina (2010)

Nama garam : kuprum (II) sulfat.

        Garam larut kuprum (II) oksida disediakan melalui tindak balas antara serbuk kuprum (II) oksida dan asid sulfurik. Apabila serbuk kuprum (II) oksida dan asid sulfurik dipanaskan, larutan kuprum (II) sulfat terbentuk. Setelah melalui proses penurasan, hasil turasan iaitu larutan garam larut yang berwarna biru di sejatkan. Larutan garam ini disejatkan secara dipanaskan sehingga hampir tepu. Kemudian disejukkan pada suhu bilik.

        Saya ingin berkongsi hasil daripada dua kumpulan di mana satu kumpulan berjaya menghasilkan kristal garam kuprum (II) sulfat dan kumpulan yang satu lagi tidak.



Foto 1: Hablur garam kuprum (II) sulfat
yang berjaya dihasilkan setelah melalui
prosedur yang betul. Iaitu penyejatan dilakukan secara berhati-hati sehingga larutan hampir tepu.
Maka terbentuklah kristal garam kuprum (II) sulfat.









Foto 2 : Hablur garam yang tidak terbentuk dengan sempurna kerana semasa proses penyejatan,  larutan garam telah dipanaskan sehingga hampir kering.




OPS - English


    " Even after learning the languange for 13 years at primary, secondary and matriculation levels, some students still could not master English. Students must be given the opportunity and exposure to speak and understand both languages. "(Deputy Prime Minister)

Briefing OPS,
State Level
Date : 28 Oct 2013
Place : PPD Temerloh
Organised by : ELTC (English Language Teaching Centre)
Participants : English HOP
Our School Participant : Miss Chin (English HOP SMKTJ)

Objectives of OPS
1. to listen and to understand spoken English.
2. to build students' confidence to speak.

Programme Outcomes
1. provide and equip teachers with practical and hands-on strategies.
2. enhance aural and oral skills amongst students.
3. empower the students to speak the English Language through fun and non-threatening activities.



 

All The Best


Tuesday 29 October 2013

Hari Profesionalisma Pembugaran dan Pemantapan 1Bestarinet dan Alam Pembelajaran Maya (VLE) Bagi Negeri Pahang

                 Pada 28 October 2013, bertempat di The Zenith Hotel Kuantan, dua orang guru dari SMKTJ telah dijemput untuk berkongsi amalan mengenai FROG di sekolah.

         
                 SMKTJ merupakan sekolah dalam ranking yang ke dua penggunaan FROG di negeri Pahang. Tahniah kepada kedua-dua orang guru iaitu Cikgu Rashidah dan Cikgu Azlina.



              Tidak lupa juga buat tahniah buat mantan Pengetua, En Khairul Ariffin bin Mat Yit serta Pengetua baru kami, Ummi.


Sunday 27 October 2013

SMKTJ Johan Lorong PPDA Kebangsaan

           SMKTJ telah dicalonkan untuk menyertai Pertandingan Lorong PPDA Peringkat Kebangsaan.
Tahniah dan syabas kepada semua warga SMKTJ kerana SMKTJ telah menjadi johan.

Antara sudut yang sempat saya 'snap';




'






Tuesday 15 October 2013

Program Menderma Darah




Program Menderma Darah Warga SMK Temerloh Jaya
Tarikh : 7 October 2013

Antara kenangan bersama kakitangan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HosHAS) yang sempat saya rakam.

Foto 1 : Suasana ketika kakitangan HosHAS mengendalikan Program Menderma Darah di kalangan warga SMKTJ.

           Setiap individu yang menderma darah akan melalui beberapa proses pendermaan; antaranya ialah mengenalpasti kumpulan darah ABO. Ini disebabkan Sistem ABO ialah sistem kumpulan darah terpenting dalam bidang pemindahan darah manusia.

             Darah yang telah melalui ujian saringan dan telah diproses kepada sel darah merah, platelet dan plasma akan disimpan mengikut jenis darah, kumpulan darah ABO dan tarikh luput masing-masing.

Bagi mengenalpasti kumpulan darah penderma mengikut Sistem ABO, Serum Anti-A dan Serum Anti-B digunakan.

Foto 2 : Serum Anti-A dan Serum Anti-B merupakan antara  yang digunakan untuk mengenalpasti kumpulan darah (ABO)










Foto 3 : Kumpulan Darah A ; darah menggumpal dalam Anti-A


Foto 4 : Kumpulan Darah B ; darah menggumpal dalam Anti-B

Foto 5 : Kumpulan Darah AB ; darah menggumpal dalam kedua-dua Anti-A dan Anti-B.


Foto 6 : Kumpulan Darah O ; darah tidak menggumpal dalam kedua-dua Anti-A dan Anti-B.








Foto 7 : En Zaidi, salah seorang staf HosHAS sedang memberi penerangan tentang Kumpulan Darah Sistem ABO

Sekalung penghargaan kepada semua kakitangan HosHAS dan warga SMKTJ yang terlibat dalam menjayakan program ini.