Program Menderma Darah Warga SMK Temerloh Jaya
Tarikh : 7 October 2013
Antara kenangan bersama kakitangan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HosHAS) yang sempat saya rakam.
Foto 1 : Suasana ketika kakitangan HosHAS mengendalikan Program Menderma Darah di kalangan warga SMKTJ.
Setiap individu yang menderma darah akan melalui beberapa proses pendermaan; antaranya ialah mengenalpasti kumpulan darah ABO. Ini disebabkan Sistem ABO ialah sistem kumpulan darah terpenting dalam bidang pemindahan darah manusia.
Darah yang telah melalui ujian saringan dan telah diproses kepada
sel darah merah, platelet dan plasma akan disimpan mengikut jenis darah,
kumpulan darah ABO dan tarikh luput masing-masing.
Bagi mengenalpasti kumpulan darah penderma mengikut Sistem ABO, Serum Anti-A dan Serum Anti-B digunakan.
Foto 2 : Serum Anti-A dan Serum Anti-B merupakan antara yang digunakan untuk mengenalpasti kumpulan darah (ABO)
Foto 3 : Kumpulan Darah A ; darah menggumpal dalam Anti-A
Foto 4 : Kumpulan Darah B ; darah menggumpal dalam Anti-B
Foto 5 : Kumpulan Darah AB ; darah menggumpal dalam kedua-dua Anti-A dan Anti-B.
Foto 6 : Kumpulan Darah O ; darah tidak menggumpal dalam kedua-dua Anti-A dan Anti-B.
Foto 7 : En Zaidi, salah seorang staf HosHAS sedang memberi penerangan tentang Kumpulan Darah Sistem ABO
Sekalung penghargaan kepada semua kakitangan HosHAS dan warga SMKTJ yang terlibat dalam menjayakan program ini.
No comments:
Post a Comment