Wednesday 30 October 2013

Penyediaan Garam Kuprum (II) Sulfat

Tindak Balas Penyediaan Garam Larut
Tingkatan : 4 Ibnu Sina (2010)

Nama garam : kuprum (II) sulfat.

        Garam larut kuprum (II) oksida disediakan melalui tindak balas antara serbuk kuprum (II) oksida dan asid sulfurik. Apabila serbuk kuprum (II) oksida dan asid sulfurik dipanaskan, larutan kuprum (II) sulfat terbentuk. Setelah melalui proses penurasan, hasil turasan iaitu larutan garam larut yang berwarna biru di sejatkan. Larutan garam ini disejatkan secara dipanaskan sehingga hampir tepu. Kemudian disejukkan pada suhu bilik.

        Saya ingin berkongsi hasil daripada dua kumpulan di mana satu kumpulan berjaya menghasilkan kristal garam kuprum (II) sulfat dan kumpulan yang satu lagi tidak.



Foto 1: Hablur garam kuprum (II) sulfat
yang berjaya dihasilkan setelah melalui
prosedur yang betul. Iaitu penyejatan dilakukan secara berhati-hati sehingga larutan hampir tepu.
Maka terbentuklah kristal garam kuprum (II) sulfat.









Foto 2 : Hablur garam yang tidak terbentuk dengan sempurna kerana semasa proses penyejatan,  larutan garam telah dipanaskan sehingga hampir kering.




2 comments:

  1. Macam mne boleh jadi mcm tuh?

    ReplyDelete
  2. New casino in Michigan is open at its best
    The casino at Caesars in Michigan has been open for more than 안산 출장샵 a 포천 출장샵 year, with slots and 안동 출장샵 live table games available at casino 익산 출장샵 resorts 시흥 출장마사지 across the US.

    ReplyDelete