Antaranya;
Mengukur dan
menggunakan nombor
Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor dan alat berunit piawai. Pengukuran
menjadikan pemerhatian lebih jitu.
Saya ingin berkongsi beberapa contoh perekodan data oleh pelajar semasa mereka mengendalikan satu eksperimen. Guru sengaja tidak merangka jadual terlebih dahulu untuk mereka kerana ingin mengenalpasti adakah mereka telah menguasai kemahiran merekod data.
Di dapati semua kumpulan tidak menggunakan penjadualan data.
Mereka masih tidak tahu bagaimana menghubungkait antara pemboleh ubah manipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas dalam penjadualan data.
Setelah diterangkan bagaimana merekod data dalam jadual dengan betul maka inilah hasilnya.
Penjadualan data di atas kelihatan boleh diterima (Tingkatan 1), namun bacaan suhu pula sepatutnya ditulis dalam satu titik perpuluhan.
Antara alat radas yang biasa digunakan oleh pelajar Tingkatan 1 untuk mengambil bacaan pengukuran ialah;
- jam randik (merekod masa)
- termometer (merekod suhu)
- pembaris meter (mengukur panjang/jarak)
- silinder penyukat (menyukat isipadu cecair/isipadu objek tidak sekata)
Setiap kali melakukan eksperimen, pelajar bukan sahaja perlu mahir menggunakan alat radas -alat radas tersebut, malah mereka juga perlu mahir dalam penjadualan data.
No comments:
Post a Comment